Pemenang Europa League layak ke Champion League pada musim berikutnya mengikut sumber daripada UEFA. Pengumuman bahawa pemenang atau winner Europa League (dulu dikenali sebagai UEFA Cup) layak ke Champion League pada musim berikutnya telahpun diluluskan dan akan diumumkan pada Kongres Tahunan UEFA pada jumaat.

So, ini bermakna pemenang Europa League akan mendapat tempat ke Champion League tanpa dipengaruhi oleh kedudukan di Liga. Contohnya di Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Sepanyol (La Liga) dan Serie A, Italy, empat pasukan yang menduduki tangga teratas liga akan mendapat tempat ke Champion League (Liga Juara Eropah). Tetapi mengikut pengumuman terbaru ini, pasukan yang menduduki tangga ke-5 dan ke bawah juga boleh bermain Champion League musim depan asalkan mereka menang Europa League.
Walaubagaimanapun, perubahan ini hanya akan berkuatkuasa mulai musim 2015-2016 nanti. Europa League pada musim ini telahpun dimenangi oleh Chelsea yang mengalahkan Benfica 2 gol berbalas 1. Gol Chelsea dijaringkan oleh Fernando Torres dan Ivanovic manakala gol Benfica dijaringkan oleh Oscar Cardoza.
(14)