Apa Itu Domain Dan Maksudnya

apa itu domain maksud domain

Apa Itu Domain dan Maksudnya: 

Maksud Domain merupakan alamat untuk blog atau laman web. Contoh domain ialah beckhrooy.com, beckhrooy10.blogspot.com, google.com, facebook.com dan sebagainya. Maksud Domain merupakan alamat bagi sesebuah laman web di alam maya.

Jika kebanyakan blogger pada mulanya menggunakan domain percuma di bawah blogspot seperti aaaa.blogspot.com, terdapat juga domain berbayar seperti aaaa.com, aaaa.net, aaaa.biz, aaaa.asia, aaaa.org dan sebagainya. Malah di Malaysia juga ada domain ber dot com dot my [com.my] dan dot my [.my].

Apa itu domain name dan kelebihan memiliki domain sendiri  :

Kelebihan memiliki domain sendiri ialah domain tersebut akan menjadi kepunyaan kita 100% dan kita akan mempunyai identiti sendiri. Selain itu memiliki domain sendiri akan lebih senang diingat sebagai contoh beckhrooy.com dan beckhrooy.blogspot.com, mesti orang akan lebih senang ingat beckhrooy.com. Selain itu juga, dengan berdomain sendiri akan menjadikan blog dan entri kita lebih senang dan cepat diindex oleh google. Sekiranya anda seorang blogger, entri yang diindex oleh google dengan cepat akan memberi banyak kebaikan kepada blog atau laman web kita.

Di Malaysia terdapat ramai penyelia hosting tempatan yang menjual domain, antaranya serverfreak, netkl, datakl, internet-webhosting dan sebagainya. Harga domain yang dijual mungkin berbeza tetapi harga standard bagi domain di Malaysia ialah lebih kurang RM30-RM45 bagi dot com. Kalau boleh, utamakan untuk beli domain yang guna dot com (.com) berbanding (.net), (.org), (.biz) dan sebagainya. Kalau nama domain yang hendak dibeli contohnya beckhrooy sudah ada yang guna dot com (.com) iaitu beckhrooy.com, anda masih  boleh membeli beckhrooy.net, beckhrooy.org dan sebagainya yang belum dibeli orang.

Kalau nak pakai yang dot my(.my) atau dot com dot my (.com.my) harganya memang lebih mahal. Apa Itu Domain  dot my(.my) atau dot com dot my (.com.my) dan maksud domain tersebut ? .com.my dan .my ini ialah domain untuk Malaysia punya identiti. Memang ada company yang menawarkan harga yang lebih murah, tetapi nasihat saya supaya gunakan company yang memang sudah established seperti serverfreak atau netkl supaya tiada masalah di kemudian hari. Perlu ingat supaya fikir dulu apa itu domain name yang hendak dibeli sebab nama tersebut tidak boleh diubah selepas dibeli melainkan anda membeli domain yang baru.

Pembelian domain adalah mudah sebab boleh bank ini di ATM sahaja, guna ATM di petronas pun boleh asalkan ATM. Kalau berminat memiliki domain sendiri atau bertukar dari blogspot ke dot com boleh daftar dan beli di sini :

(721)

8 Comments

Filed under Blog

8 Responses to Apa Itu Domain Dan Maksudnya

  1. ade org pilih domain utk main seo..cth cam kekcoklat.com ker..hehe

    bile search kek coklat..nama die trus nek result.. :)

  2. Salam.. :)

    Info yang berguna. Satu masa nanti, insyaALLAH, nak juga pakai domain sendiri. Tapi sebelum tu, cari ilmu dulu.. :)

  3. Izzuddin Fauzi

    Pilih domain yang mudah ingat… Sekali sebut dah dapat go on :D

  4. ira

    Convert blog blogspot.com kepada .com .net Hanya RM34.00 Setahun…

  5. Saya ingin sekali membeli sebuah domain tapi masih bingung bagaimana cara settingnya supaya bisa digunakan untuk blog kita

  6. sangat2 bagus info ni…tq owner blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Protected by WP Anti Spam