Apa Itu Hosting Dan Maksud Hosting Pada Blog Atau Laman Web

Apa Itu Hosting Dan Maksud Hosting Pada Blog Atau Laman Web. Maksud hosting ialah Hosting merupakan rumah bagi domain. Seperti yang diterangkan dalam entri yang lepas, domain merupakan sebuah alamat bagi sebuah blog atau laman web. Setiap blog perlu mempunyai domain dan hosting untuk beroperasi.

Saya hanya ada domain tapi tak ada hosting:
Sekiranya anda hanya membeli domain tanpa mempunyai hosting sendiri, anda masih boleh menggunakan hosting percuma dari google iaitu blogspot, anda hanya perlu poinkan domain anda ke blogspot. Tetapi melalui cara ini, anda masih lagi dikira menumpang di google dan blog atau laman web anda bukanlah milik anda sepenuhnya sebab bila-bila masa sahaja pihak google boleh tarik balik akaun anda.

Bagaimana cara mendapatkan hosting sendiri:
Sekarang terdapat ramai syarikat hosting tempatan di Malaysia yang menjual hosting dan domain. Harga bagi sesebuah hosting adalah bergantung kepada kriteria dan pakej yang ditawarkan. Walaubagaimanapun, kriteria yang paling penting pada pendapat aku ialah bandwidth, sekiranya bandwidth blog anda sudah habis, maka anda perlu topup balik bandwidth tersebut atau blog anda tidak dapat diakses sehingga ke bulan seterusnya. Pemilihan hosting yang terbaik adalah sangat penting bagi blog anda, sekiranya hosting tersebut selalu down atau tidak dapat diakses, maka anda telah memilih hosting yang tidak bagus.

Apa Itu Hosting Dan Maksud Hosting ( Kriteria Tips Pemilihan Hosting Terbaik) :

Harga Hosting
Jangan mudah terpengaruh dengan syarikat hosting yang menawarkan pakej yang murah lebih-lebih lagi yang menawarkan bandwidth yang unlimited. Kebiasaannya, blog yang memakai pakej murah unlimited ini akan selalu bermasalah seperti loading blog slow atau server  selalu down. Nasihat saya lebih baik memilih hosting dari company yang sudah established seperti Serverfreak, Datakl dan Netkl.

hosting terbaik di malaysia serverfreak

Apa itu Hosting Support:
Pastikan semasa membeli hosting, syarikat hosting tersebut mempunyai support setiap masa, maksudnya 24 jam sehari termasuk cuti. Ini sangat penting, sebab sekiranya blog bermasalah, kita boleh merujuk kepada pihak hosting pada bila-bila masa sahaja. Jangan mudah terpedaya dengan syarikat yang menyatakan support yang diberikan ialah 24 jam sehari 24/7 tetapi hakikatnya lain. Langkah paling bijak ialah cuba dulu support mereka dengan menghantar email atau pertanyaan kepada mereka pada masa-masa tertentu seperti pukul 2 pagi, 4 pagi dan masa cuti. Kalau pertanyaan anda dijawab dengan segera kurang dari 30 minit, maka company tersebut boleh dikatakan agak bagus. Ada company yang berhari-hari tunggu baru menjawab pertanyaan kita, lebih teruk lagi ada yang langsung tidak dijawab. Melalui pengalaman aku, syarikat hosting yang memberikan support terbaik 24 jam setiap hari ialah serverfreak, datakl, netkl dan internet-webhosting. Kebiasaannya kurang dari 5 minit mereka sudah balas tiket yang kita hantar.

Apa itu Hosting Bandwidth:
Sekiranya blog anda mempunyai visitor yang tinggi, maka makin tinggi bandwidth yang anda perlukan. Kalau blog anda masih baru dan mempunyai visitor sekitar 100-400 sehari, biasanya kurang dari 4GB bandwidth yang digunakan jadi anda tidak perlu membazir wang menggunakan pakej yang menawarkan bandwidth yang besar.  Lebih-lebih lagi kalau visitor anda itu majoritinya datang dari blogwalking, hanya sikit sahaja bandwidth yang digunakan. Lagi banyak visitor ke blog anda, lagi banyak bandwidth yang diperlukan.

Kelajuan loading:
Sama ada blog anda loading dengan laju atau tidak bergantung kepada hosting yang anda pilih. Ada hosting yang servernya menyebabkan blog anda loading pelahan dan ada juga yang laju. Hosting Malaysia yang servernya laju yang aku consider laju ialah  datakl, serverfreak dan malcube.

hosting terbaik di Malaysia datakl apa itu hosting dan maksud hosting

Entri Seterusnya nak tulis pasal pengalaman menggunakan hosting.

                                                       

(975)

22 Comments

Filed under Blog

22 Responses to Apa Itu Hosting Dan Maksud Hosting Pada Blog Atau Laman Web

  1. owhh , oke dah faham sikit .. ;)

  2. kalau blog banyak pengunjung dan besar boleh la pakai Bandwidth yang besar.. kalau x .. server xleh support pengunjung 2 nanti

  3. domain masih mampu tp utk hosting yg kurang mampu..:)

  4. satu perkongsian ilmu yg bagus untuk newbies mcm saya.

  5. bandwidth auc kecik je
    tapi kadang2 kena topup jugak :)

  6. mmg best berdomain n hosting ni compare ms gn blogspot..pe pun xlupa jasa blogspot..hehe

  7. Yes.. kita kena cerewet sikit masa pilih hosting kerana mahukan support yang cekap… bandwith merupakan sesuatu yang sangat penting.. Pilihlah bandwith yang sesuai dengan kadar visitor kita..

  8. bagus info ni utk mereka2 yang berminat utk membeli domain sendiri ni

  9. kalau bandwidth habis macam mana bro? kena topup ke? kena tambah duit lagi lah ek? adohaii…

  10. Tak pernah lagi try serverfreak. Sebabkan harganya adehlah, terbantut rasa. Next time kalau dah tukar ke WordPress maybe akan try plak Serverfreak ni. Dengar ura-ura macam best je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Protected by WP Anti Spam