Apa Itu Hosting Free Domain Dan Maksudnya. Hosting pakej free domain bermaksud anda hanya perlu membeli hosting dan akan mendapat satu domain percuma untuk hosting tersebut. Maksudnya selagi anda renew hosting setiap tahun maka selama itulah anda akan mendapat domain free. Walaubagaimanapun sekiranya anda ingin menggunakan hosting syarikat lain dan hanya mahu kekalkan domain di syarikat lama, maka anda hanya perlu renew harga domain sahaja.
Contohnya di netkl anda membeli hosting free domain iaitu dengan domain percuma berharga RM100 setahun, selepas itu korang ingin berpindah hosting ke serverfreak guna pakej Prime. Anda hanya perlu renew harga domain sahaja dinetkl iaitu RM35 (kalau pakai dot com/net). Perlu diingatkan bahawa korang masih perlu membayar untuk pakej hosting Prime Serverfreak RM60. Jadi keseluruhannya anda perlu membayar RM35+RM60 iaitu sebanyak RM95 setahun untuk domain netkl dan hosting Prime Serverfreak. Harga ini berbeza mengikut pakej hosting yang ditawarkan, sekiranya mahu pakai pakej Supreme Serverfreak RM100, maka perlu bayar RM35+RM100 iaitu Rm135 setahun untuk hosting dan domain.
Apa kelebihan pakai hosting free domain (hosting dengan domain percuma) Sebenarnya tidak ada banyak perbezaan sekiranya anda pakai pakej hosting free domain atau tidak, cuma kalau pakai pakej hosting free domain kita akan lebih senang ingat tarikh untuk renew hosting dan domain itu apabila tempoh hampir tamat. Kalau pakai hosting lain dan domain lain contohnya domain netkl dan hosting serverfreak, tarikh untuk renew domain dan hosting mungkin tidak sama melainkan tarikh beli hosting dan domain tersebut adalah sama. Jangan sesekali lupa tarikh nak renew hosting dan domain.
Pakej hosting free domain ini harganya memang tetap setiap tahun walaupun harga semasa pakej tersebut mungkin naik sedikit dari semasa ke semasa, tetapi kita hanya perlu membayar ikut harga yang kita beli sahaja. Harga hosting memang sentiasa kekal walaupun harga semasa naik, tetapi harga domain akan berubah dari semasa ke semasa. Kalau kadar harga domain dot com (.com) naik ke RM40, tetapi semasa anda membuat pembelian ialah RM35 sahaja. Korang tetap kena bayar RM40 mengikut harga semasa untuk renew domain tersebut. Oleh itu mungkin satu kelebihan kepada anda sekiranya memakai pakej hosting free domain sebab domain adalah sentiasa percuma walaupun harga domain naik. Anda hanya perlu renew pakej hosting dengan harga asal walaupun harga semasa naik.. Tidak semua penyelia hosting menyediakan pakej free hosting domain ini contohnya datakl, fivio, malcube, sealsealver dsb.
Pada pendapat aku ialah kalau nak beli hosting dengan domain percuma ini ( hosting free domain), Serverfreak adalah pilihan yang terbaik.
(276)

Hehehe ;D Pk2 la dulu sebelum tukar… Stakat nie masih berpuas hati dengan NETKL… ;D
klau puas hati, teruskan
blog ni pakai hosting netkl ke serverfreak?
pkai SF jer
Penjelasan yang mudah difahami..
TQ syer, dan MJ baru ngerti
sama2
wah detailnya entry ni cite psl domain n hosting..hehe..ciktom masih setia dgn netkl
terbaik lah bro..
salam,nak tanyalah kalau kita nak beli domain dan hosting tu,perlu ke butir2 peribadi kita .contohnya nama, no ic, alamat.
sama macam saudara beli domain isukini tu, perlu isi tapi terpulang kalau nak ikut alamat mana pun boleh
and nak tau jugak berisiko ke kalau kita letak alamat kita.maksud saya berbahaya
selamat je kalau beli dengan syarikat yang dikenalidan dah establish
NetKl terbaik tak di nafikan lagi…