Bagaimana Cara Renew Road Tax Kenderaan Dengan Mudah

Bagaimana Cara Renew Road Tax Kenderaan Dengan Mudah ? Kali ini aku ingin berkongsi mengenai cara renew road tax dan insurans motosikal atau kereta dengan mudah dan senang. Pertama sekali yang korang kena tengok ialah tarikh luput roadtax korang sama ada sudah lepas atau tidak. Kita boleh renew roadtax dalam masa 60 hari sebelum tamat tempoh road tax itu mati. Kalau tempoh roadtax sudah tamat atau lepas, korang boleh renew di JPJ.

Bagaimana Cara Renew Road Tax Kenderaan Dengan Mudah

Jika korang tidak pernah renew road tax selama ini dan memang kurang pengetahuan, cara renew road tax motosikal atau kereta dengan mudah ialah melalui pejabat pos. Apa yang korang perlu bawa ialah green card atau geran cukai jalan kenderaan korang yang ingin diperbaharui itu. Jangan lupa untuk print atau bawa salinan insuran kenderaan sekali sekiranya ingin renew insurans untuk kenderaan itu sekali.

Seperti biasa apabila pergi ke pejabat pos, ambil nombor giliran dulu dan tunggu sehingga giliran korang sampai. Lepas itu korang beritahu dekat kaunter bahawa korang nak renew roadtax dan insurans kenderaan. Korang boleh pilih sama ada ingin renew 6 bulan atau setahun sahaja sebab memang tidak boleh lebih dari setahun. Aku pun sebenarnya kurang bersetuju dengan tempoh maksimum setahun ini tapi apa boleh buat.

Seeloknya korang check dulu sama ada kenderaan korang itu ada dikenakan saman atau tidak sebab kalau ada saman memang tidak boleh diperbaharui dan buang masa korang sahaja pergi pejabat pos. Kalau ada saman, cepat-cepat pergi ke JPJ. Pastikan juga kalau tarikh luput roadtax dan insurans tidak sama, pastikan insurans kenderaan korang masih aktif ketika renew roadtax sebab nanti tidak boleh diperbaharui sekiranya insurans sudah expired.

Selain daripada pergi ke pejabat pos, juga banyak cara lain untuk renew roadtax dan insurans kenderaan seperti menggunakan agen insurans. Walaubagaimanapun, cara renew roadtax dan insurans paling murah ialah menggunakan third party tapi tidak berapa digalakan jika korang sayang dengan kenderaan korang. Nak mudah lagi boleh guna MyEG untuk renew secara online.  Buat korang yang belum mempunyai lesen motosikal, korang boleh dapatkan dengan hanya RM199 melalui BL1M.

(669)

4 Comments

Filed under Kenderaan

4 Responses to Bagaimana Cara Renew Road Tax Kenderaan Dengan Mudah

  1. skrg dah mudah, semuanya dihujung jari jek

  2. den biasa nak renew roadtax suruh abang ipar uruskan…:)

  3. sekarang ni, memang dah mudah nak renew ke apa.

  4. senang dah sekarang niii

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Protected by WP Anti Spam