Biodata Shinji Kagawa (Profile) :
Nama: Shinji Kagawa
Tarikh lahir : 17 March 1989
Tempat lahir : Kobe, Japan
Tinggi : 1.72 m
Posisi : Pemain Tengah ( Midfielder)
Kelab terdahulu : Cerezo Osaka (2006-2010), Borussia Dortmund (2010-2012)
Shinji Kagawa telah mewakili pasukan kebangsaan Jepun sebanyak 31 kali dan akan menjadi pemain Jepun pertama yang bermain untuk Manchester United. Shinji Kagawa berpindah ke eropah pada tahun 2010 dan membuat penampilan pertama untuk kelab Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund pada 23 Ogos 2010. Musim pertama Kagawa di eropah dianggap berjaya apabila memenangi Liga Jerman, Bundesliga bersama Borrusia Dortmund. Malah Shinji Kagawa juga dipilih sebagai salah seorang pemain dalam Bundesliga Team of the season 2010-2011. Pada musim lepas (2011-2012) Kagawa telah membantu Borussia Dortmund untuk mempertahankan kejuaraan Bundesliga dan memenangi 2 piala bersama Borussia Dortmund. Sekali lagi Shinji Kagawa terpilih dalam Bundesliga Team of the Season 2011-2012.
Persembahan dan pretasi hebat Shinji Kagawa telah mendapat perhatian kelab ternama Eropah termasuk kelab Liga perdana Inggeris EPL Manchester United. Manchester United telah pun membuat tawaran dan persetujuan telahpun dibuat antara Shinji Kagawa dan Borussia Dortmund bagi perpindahan £12juta Shinji Kagawa ke Manchester United. Perpindahan Shinji Kagawa ke Manchester United juga dilihat bakal mengukuhkan lagi jualan barangan seperti jersi Manchester United terutama di Asia.
(165)
