Semalam aku cash out google adsense guna western Union pertama kali sepanjang menggunakan iklan google adsense. Pada 24 April 2013 beberapa hari yang lepas baru saja PIP (payment in progress) untuk para publisher di Malaysia. Lepas sehari kemudian, kalau tak silap pada malam 25 April barulah PI (payment Issue) dikeluarkan dan boleh disemak di akaun. Disebabkan PI ini adalah pada waktu malam, jadi kena tunggu hari esok (Jumaat 26 April 2013) barulah dapat cash out google adsense di akaun.
Sebelum nak pergi bank untuk cash out, aku buat carian di search engine dan tengok beberapa tutorial yang ditulis oleh rakan-rakan blogger yang lain. Mula-mula pergi ke Bank Rakyat yang memang paling dekat dengan tempat tinggal sekarang. Bank Rakyat juga antara bank yang menyediakan kemudahan Western Union. Sebenarnya aku memang lama sudah tengok ada tanda western union yang diletakan di luar bank tersebut, so aku rasa mungkin boleh cuba cash out di sana. Walaubagaimanapun, apabila bertemu dengan staff di bank Rakyat, mereka mengatakan line pada masa itu ada masalah sepanjang hari dan ada beberapa orang yang sudah cuba sebelum aku datang dan tidak berjaya. Dia bagaimanapun sarankan aku cuba di pejabat Pos. Pendek kata, tak dapatlah aku cash out adsense di bank rakyat.
Selepas itu, aku membuat keputusan untuk pergi ke pejabat pos sahaja. Nasib baik ketika itu tidak banyak orang dan aku ambil borang western union untuk penerimaan wang yang warna kuning di atas itu. So, aku isi lah benda di borang itu seperti nama, alamat, tarikh lahir, etc. Sebelum itu aku memang ada print skrin statment of earning dan save di henpon, so dapatlah rujuk benda-benda penting seperti alamat penghantar (Google INC), dan Money Transfer Control Number (MTCN). Ada juga bahagian yang aku tidak tahu nak isi apa seperti bahagian jenis pengenalan/ID type, tempoh tamat/expiry date dan pengeluar ID/ID Issuer. So, bahagian tersebut aku biarkan sahaja kosong. In case kalau staff suruh isi nanti baru tanya dia nak isi apa di situ.
Apabila nombor giliran sampai, aku pun pergilah ke kaunter dan bagi borang tersebut kepada petugas di kaunter beserta dengan salinan kad pengenalan. Nasib baik apa yang aku tulis di borang itu betul (agaknya) dan tidak pula staff itu bertanya atau suruh isi part-part yang aku kosongkan tadi. So, lepas diproses dapatlah juga cash out google adsense guna western union kali pertama di pejabat post.
(267)
