Macam mana tips cara hilangkan jerawat dengan berkesan? Masalah jerawat memang merupakan masalah biasa yang sering menganggu penampilan diri kita. Hasil daripada pencarian aku daripada beberapa sumber, berikut ialah tips cara hilangkan jerawat berkesan yang boleh kita amalkan.
Jangan makan atau mengambil makanan yang berminyak terlalu banyak.
- Di Malaysia ini memang kebanyakan menu seperti nasi goreng, cucur goreng, mee goreng, ayam goreng, kueh tiaw goreng dan sebagainya selalu kita tengok di mana-mana. Kalau boleh, jangan mengambil makanan berminyak terlalu banyak dan elakan selagi boleh. Jerawat terjadi disebabkan permukaan kulit kita ditutup oleh minyak di muka kita, oleh itu cuba kawal pemakanan seharian kita dan banyakan makan sayuran.

Makan banyak buah-buahan dan ambil vitamin C
- Buah-buahan membekalkan vitamin C yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Sekiranya anda tidak suka makan buah-buahan, anda masih boleh mengambil pil vitamin C yang boleh didapati di farmasi yang berhampiran.
Minum air dalam kuantiti yang secukupnya
- Badan kita memang perlukan air dan selalunya kalau kita sakit dan jumpa doktor, biasanya doktor akan suruh kita minum air banyak-banyak. Air suam adalah lebih bagus daripada air sejuk, oleh itu cuba untuk minum air suam berbanding dengan air sejuk.
Jangan picit jerawat pra matang
- Tips ini adalah paling sukar untuk dilakukan oleh kebanyakan orang. Ramai orang mempunyai tabiat suka picit jerawat di muka sebab geram dengan jerawat itu terutamanya yang bersaiz besar atau jerawat batu. Seeloknya jangan picit sebab nanti akan meninggalkan paru jerawat dan lepas itu anda akan menghadapi masalah macam mana hendak hilangkan parut jerawat pula.
Gunakan pencuci muka sesuai
- Sekarang ini memang banyak pencuci muka yang boleh didapati di pasaran dan jangan main beli saja pencuci muka ini. Ini kerana ada produk pencuci muka yang mungkin berkesan untuk orang lain tetapi tidak berkesan untuk kita. Kalau kita dah cuba sesuatu produk itu dan tidak ada perubahan, jangan guna lagi produk yang sama dan cari sehingga jumpa yang sesuai.
Anda boleh cuba tips cara hilangkan jerawat dengan berkesan yang dinyatakan diatas ini dan semoga anda akan berjaya mengatasi masalah jerawat anda sekarang ini.
(613)

setakat ni yg plg menjadi rasa sy minum air kosong byk2 dan amik VCO softgel. tp naik jerawat gak sikit psl x konsisten. haha. salah sendiri
Setakat saya pakai Nivea for Men.
Ok jugak la sebab menjadikan kurang masalah ada jerawat.
Tapi kalau tak jaga makan memang ada balik la jerawat huhu
jarang aku jumpa laki perempuan takde masalah nih..
Bagus juga nie.. belum cuba belum tahu…