Perkhidmatan Awam – Pegawai Tadbir & diplomatik

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik

Antara kerjaya di sektor perkhidmatan awam yang diminati oleh lulusan universiti ialah sebagai Pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).

Sekiranya pelajar berminat menceburi kerjaya ini, mereka perlulah mempunyai kelayakan akademik, seorang yang dinamik, bercita-cita tinggi serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan negara.

Jawatan ini digolongkan di bawah kumpulan perkhidmatan pengurusan dan profesional dan diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Jawatan ini agak unik berbanding jawatan lain di sektor awam kerana calon-calon perlu melalui beberapa tahap sebelum dilantik ke jawatan ini secara tetap.

Calon-calon yang memohon serta layak akan di panggil untuk menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik.

Selepas itu, mereka akan dipanggil untuk sesi temu duga. Peringkat seterusnya ialah apabila berjaya melalui proses temuduga calon akan dilantik ke jawatan itu secara sementara.

Di peringkat ini, calon perlu mengikuti krusus di Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN). Selepas menamatkan pengajian, bakal PTD akan dianugerahkan Diploma Pengurusan Awam. Selepas mendapatkan diploma tersebut, barulah calon dilantik secara tetap sebagai PTD.

Secara umumnya, antara tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh PTD ialah melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah, daerah, tempatan, tanah, perancangan dan pentadbiran sosial.

Selain itu, mereka terlibat dengan tugas-tugas lebih mencabar meliputi hubungan antarabangsa dan hal-ehwal luar negara, keselamatan, pertahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Apa yang paling menarik, seorang PTD juga diberi peluang untuk berkhidmat sebagai pegawai-pegawai di kedutaan dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di luar negara. Jawatan PTD menawarkan gaji yang lebih baik berbanding jawatan pegawai tadbir lain selain menikmati elaun-elaun serta insentif-insentif lain.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

  1. Berminat dengan profesion ini
  2. Bercita-cita tinggi dan berdedikasi
  3. Seorang yang dinamik
  4. Berminat dengan bidang pentadbiran dan pengurusan
  5. Sanggup bekerja di luar negara
  6. Menguasai Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
  7. Boleh berkomunikasi dengan baik

MENCEBURI BIDANG INI

Calon perlu mempunyai kelayakan akademik iaitu ijazah sarjana muda kepujian dari sebarang bidang pengkhususan dari universiti tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Lulus peperiksaan memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Selain itu, calon perlu mendapat kepujian Bahasa Melayu termasuk lulus ujian lisan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Calon boleh melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda sama ada di universiti/institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf kerajaan seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada, Jerman, Jordan dan Indonesia.

SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Oleh kerana kerjaya ini boleh diceburi oleh lulusan dari pelbagai bidang, maka calon perlu melanjutkan pengajian dalam mana-mana bidang di peringkat sarjana muda.

Cara pertama: Calon lepasan SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) yang ingin mengikuti program matrikulasi/asasi/ kursus persediaan ke luar negara perlu lulus dengan baik peperiksaan itu serta mendapat kepujian Bahasa Melayu dan mata pelajaran lain yang diperlukan oleh program matrikulasi.

Jaga Jaga, Resume Pembunuh Tengah Mencari Pekerjaan

Virus emel ILOVEYOU yang merosakkan laptop di seluruh dunia pada awal bulan ini mendakwa sedang mencari kekasih namun sekarang muncul pula sejenis virus baharu yang sibuk cari kerja.

Satu jenis virus komputer yang baharu dan sangat merbahaya, di cop sebagai Killer Resume merebak melalui sistem e-mel yang mempunyai perisian Microsoft Outlook.

Syarikat syarikat keselamatan sistem komputer melaporkan bahawa terdapat beberapa sistem email korporat telah dijangkiti dan ada sesetengahnya terpaksa ditutup, kata Pusat Perlindungan Infrastruktur FBI malam tadi.

Virus itu turut dikenali sebagai Killer Resume kerana ia meniru sebagai data-data persomal seorang pemohon pekerjaan, kata laman sesawang syarikat anti virus, Network Associates.

Resume Pembunuh mengandungi di dalam file yang disertakan pada email diberi tajuk Resume-Judy Davidson.

Salah satu syarikat sekuriti laptop, Symantec Corp. dari California sudah mendapat Sembilan laporan lewat hari ini tentang komputer yang dijangkiti, termasuklah tiga daripadanya syarikat US.

Virus itu dipercayai dapat ditahan kerana kebanyakan syarikat tidak beroperasi pada hari cuti.

FBI memaklumkan pengguna PC agar jangan membuka sebarang e-mel dengan bertajuk Resume-Anna Davidson, menutup ciri eksekutif di dalam Outlook dan delete e-mel itu tanpa membukanya.