Hobi Gila Cipta Rekod Dunia Lakar Tatu Bendera Di Badan
Hobi Gila Cipta Rekod Dunia Lakar Tatu Bendera Di Badan. Seorang lelaki dari India terlalu obses untuk mencipta rekod dunia. Guinness Rishi, 70 atau nama sebenarnya Har Prakash telah melakar tatu 305 bendera dari pelbagai negara, 185 peta negara, 165 bendera mini dan 2,985 karektor. Disebabkan hobinya yang pelik, isterinya telah mengancam akan meninggalkannya dan lelaki tersebut pun berhenti melakar tatu bendera pada badannya yang kini sebanyak 305 bendera. Rekod rasmi yang dimilikinya ialah 220 tatu bendera pada tubuhnya dan kini Guinness Rishi meminta pegawai Buku Rekod Dunia Guinness untuk mengemaskinikan catatan mereka mengikut rekod barunya.
Namanya ditukar kepada Guinness Rishi apabila berusaha mencatatkan rekod dunia sebanyak mungkin sejak lima tahun yang lepas. Sehingga kini, 22 rekod yang dipegangnya termasuk tatu bendera terbanyak, menulis wasiat paling panjang di dunia sebanyak 489 muka surat dan menghantar piza dari New Delhi ke San Francisco. Dalam usaha untuk mencipta rekod, Guinness Rishi juga sanggup mencabut semua giginya supaya dapat memasukkan 750 penyedut minuman ke dalam mulutnya.
(135)
