Hosting Datakl, Hosting Ketiga

Penyelia hosting datakl merupakan syarikat hosting ketiga yang pernah aku gunakan selepas hosting internet webhosting dan malcube. Berdasarkan review Hosting Datakl memang terkenal sebagai antara syarikat hosting terbaik di Malaysia.  Pengalaman guna hosting datakl masih agak singkat tapi pretasi mereka setakat ini memang sangat memuaskan.

hosting datakl support terbaik

Selain itu, support datakl juga memang terbaik, kalau hantar tiket atau pertanyaan kepada mereka, kurang 5 minit pun mereka sudah balas. Kalau korang tengok tiket dalam gambar di bawah ni, baru seminit hantar, mereka sudah bagi respond, tengok pukul berapa aku hantar tiket ini ;)

Selain itu, satu perkara yang paling aku suka tentang hosting dengan datakl ini ialah kelajuan website loading pakai hosting datakl ini memang sangat laju walaupun pakai shared hosting. Setakat ini, datakl adalah hosting paling laju dari kelajuan loading websitenya berbanding hosting lain yang pernah aku guna. Blog beckhrooy.com ini juga memang terasa perbezaan kelajuan loading apabila menggunakan hosting datakl ini. Walaupun orang kata datakl ini agak mahal, tapi aku rasa harganya memang berpatutan dari segi costomer support dan juga kepuasan menggunakannya. Seperti yang sudah aku nyatakan pada entri yang lepas, aku menggunakan pakej datakl yang paling murah RM85 setahun. Kalau nak tahu mengapa aku pilih hosting datakl ini dulu boleh rujuk entri yang lepas.

Sekarang blog ini tidak lagi menggunakan hosting datakl, aku sudahpun pindahkan pakej datakl datamini itu kepada blog yang lain.  Sekarang ini beckhrooy.com menggunakan hosting dari Serverfreak, juga salah satu hosting terbaik di Malaysia sebab dapat promosi yang hebat.

(567)

23 Comments

Filed under Blog

23 Responses to Hosting Datakl, Hosting Ketiga

  1. spudin

    whoa ..datakl ..tak ada lagi duit nak beli .haha …bagus je nampaknya ..dan SP rasa, blog beckrooy ni pun agak laju lebih laju dari biasa ..blog SP macam mana ? OK dengan kelajuannya ?

  2. Dulu masa mahu beli hosting, memang berbelah bagi nak pilih mana satu. NetKL atau DataKL. Haha.

  3. belum cuba guna datakl lagi

  4. hehe.. masih kekal dgn hosting netkl..

  5. rajin tukar2 hosting…
    rugi la x sampai setahun lagi bro…

  6. stkat ni blom pnah guna mana2 hosting berbayar…

  7. Din

    blank betul aku kalau sebut pasal hosting ni…
    tapi susah eh ?

  8. Ingat hosting katak tadi.. hehe.. tak mampu lagi nak angkat nie. hehe

  9. hoho..salah satu hosting murah ni. rugilah sape tak ambil.

  10. tak ada keperluan lagi nak guna domain sendiri..hehehe bukan menega pun :p

  11. dataKL quite fast hostingnya. pernah manage satu site disana dulu. tapi kalau perasan harga pakej termurah dah naik sikit dari dulu.. hehe.. banyak projek ni beli banyak hosting..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Protected by WP Anti Spam