Hosting Malcube, Hosting Kedua

Penyelia Hosting Malcube boleh dikatakan masih baru dalam kalangan hosting-hosting tempatan. Hosting malcube ini merupakan hosting yang paling murah pernah aku cuba. Aku subscribe untuk pakej yang paling murah iaitu 2GB/20GB sebanyak RM100 untuk 3 tahun. Dalam setahun, purata aku kena bayar cuma RM33.40 sahaja. Kalau beli untuk setahun harganya ialah RM40, untuk dua tahun RM70 manakala 3 tahun ialah RM100. Sebenarnya aku bayar kurang dari RM100 sebab ada promosi potongan sikit masa beli.

hosting malcube hosting murah malaysia

Tak banyak yang boleh aku katakan tentang  pengalaman hosting malcube ini, pada mulanya, kadang kala blog down tapi sekejap saja baik semula. Kalau down sekejap beberapa minit itu memang normal lah. Disebabkan aku tidaklah aktif sangat menggunakan blog yang dihosting dengan malcube ini, mungkin juga aku terlepas pandang kebolehan sebenar malcube ini, hanya yang boleh dikatakan setakat ini, bagi aku malcube ini ok saja, sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang kecil. Tetapi yang menarik tentang malcube ini ialah walaupun pakej dia agak murah, tetapi server nya memang agak laju walaupun tidak selaju datakl. Kalau pakai hosting malcube ini, aku rasa memang masalah website slow berlaku, kecuali semasa server malcube down untuk maintenance ke dan apa-apa lah.

Hanya pada pandangan aku, kalau support hosting malcube ini boleh diperbaiki lagi, mungkin tidak mustahil malcube ini boleh berdiri sama tinggi dengan serverfreak dan datakl hosting terbaik di Malaysia pernah aku guna. Mereka kadang-kadang agak lambat untuk membalas pertanyaan atau support tiket yang dihantar.

(107)

5 Comments

Filed under Blog

5 Responses to Hosting Malcube, Hosting Kedua

  1. Server uptime dia puas hati juga ke?

  2. mmg murah harga kl smpi 3 thn..tp kl prob tgh2 naya jgk beli utk tempoh yg lama..ciktom lebih suka renew setahun ke setahun..incase servis xok boleh bertukar ke hosting lain..hehe

  3. erm,.. Guna netkl jer setakat ni.. Btw stakat ni takder masalah.. Cuma sya jer lambat nak bayar hosting.. Hehehee…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Protected by WP Anti Spam