Hosting Netkl, Penyelia Hosting Malaysia

Hosting Netkl ialah salah satu daripada banyak-banyak penyelia hosting di Malaysia. Netkl ini memang antara syarikat hosting yang sangat popular di kalangan blogger. Netkl juga merupakan company hosting pertama yang aku gunakan untuk membeli domain. Kenapa netkl begitu popular? Netkl ini sangat terkenal dengan support yang sangat pantas dan boleh dikatakan support bertaraf dunia dari segi respon yang diberikan. Di Malaysia ini, mungkin hanya serverfreak dan datakl yang mempunyai support setanding dengan netkl ini.

Kebanyakan blogger yang baru berminat untuk mempunyai domain ataupun hosting sendiri memilih netkl sebagai permulaan. Melalui pemerhatian aku, pakej hosting murah RM60 free domain hosting yang ditawarkan memang menarik ramai pelanggan dikalangan blogger baru selain pakej RM70 (sekarang macam tak ada lagi) yang juga popular.  Semua pakej hosting yang ditawarkan oleh netkl adalah hosting tambah domain percuma atau hosting free domain.

hosting netkl terbaik support

Kalau ada yang bertanya kenapa  aku tidak pernah mengambil pakej hosting dari mereka walaupun aku memang sangat suka dengan support dan servis dari netkl ?

Pada permulaannya, aku memang berminat untuk mengambil pakej hosting netkl. Pada masa itu, plan myGold 1.5GB/20GB bandwidth dengan harga RM100 termasuk domain percuma menjadi sasaran aku. Tetapi, selepas google sana sini, aku mengambil keputusan untuk mengambil pakej dari internet-webhosting RM80 10GB/50GB bandwidth tanpa domain percuma. Kalau fikir balik, mungkin lebih baik kalau aku menggunakan hosting netkl sebab masa itu domain aku juga dari netkl. Walaubagaimanapun, semasa aku membuat keputusan untuk pindah hosting dari hosting internet webhosting, pakej myGold mungkin tidak cukup untuk menampung bandwidth blog aku. Ini kerana semasa di internet-webhosting, bandwidth blog aku sudah nak dekat 20GB bandwidth.  Aku bercadang untuk cari pakej yang bandwidthnya lebih besar sebab tak nak kehabisan bandwidth sebelum habis sebulan. Pakej myGold netkl hanya boleh menampung sehingga 20Gb bandwidth sahaja, selepas itu kena topup bandwidth. Topup bandwidth ini, harganya memang agak mahal dan juga buang masa. Selepas myGold, pakej hosting netkl yang lebih besar ialah myPlatinim 3GB/45GB bandwidth tambah free domain dengan harga RM200 setahun. RM200 ini adalah sangat mahal dengan specifikasi yang diberikan.

Pakej hosting netkl ini memang mahal walaupun free domain, tetapi bandwidth yang ditawarkan agak kecil berbanding kebanyakan company hosting lain pada harga yang sama. Walaubagaimanapun, sekiranya wang tiada masalah buat korang,  boleh cuba gunakan hosting netkl ini.

(188)

7 Comments

Filed under Blog

7 Responses to Hosting Netkl, Penyelia Hosting Malaysia

  1. saya sendiri adalah bekas pelanggan netkl, skrg saya pakai serverfreak pula, setakat ini ok xda masalah apa apa

  2. aku belum lagi melangan mana2 server hehe

  3. ciktom pengguna pakej mygold..alhamdulillah berpuas hati lg dgn servis diorg..

  4. memang bagus domain ni hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Protected by WP Anti Spam