
Hosting Sealserver Kena Hack ? Tadi aku baru saja nak buka laman web sealserver.com.my tapi ini pula yang keluar :
Penyelia Hosting Malaysia Sealserver yang Kena Hack ? Entah siapa lah yang punya kerja ni, Newbie3viLc063s ? Pendek kata, Aku tak tahu dengan jelas sebenarnya. Korang boleh tengok sendiri di sealserver.com.my.
Kerja hack laman web atau blog orang lain ini sebenarnya tidak bagus dan salah. Tapi itulah, memang pelik juga sebab ada sesetengah orang hack blog orang lain sekadar suka-suka saja. Kadang-kadang ada juga rasa sedikit takut kalau-kalau blog aku yang tidak seberapa ini ada orang nak hack. Diharapkan laman web tersebut kembali pulih kepada sediakala secepat yang mungkin.
(334)
hermm , newbie hacker kut , saje nak buat experiment ,,,
newbie pun dpt hack, harap cepat pulih spt biasa
wohh. pe kejadah la si hacker yg mcm ni. org blaja hacking bt la benda baik.. hisyh.. jgn di hack blog kita dah.. :p
blog aku juga
dulu dh pernah kena hacked..takottt
tingkat kan sekuriti hehe
huhu sibbaik newbie jer.. kalo anonymous yang hack tue dah habis dah.. haha
newbie ni kira bagus ye
dorang nak test skill kot..
dorang ini budak-budak sebab tuh suka mencuba
Dorang ni bukan newbie la -,-
Top hacker crew in malaysia.xkan x penah dengar?
Pernah dengar rileks crew dan dragon force?Dorang lagi hebat
google Newbie3viLc0635
diorang tulis newbie tu, memang hebat diaorang ni
Salam semua,
Terima kasih atas keprihatinan anda semua
.
Terpanggil kami untuk menjelaskan keadaan, ianya satu defacement yang berlaku sekitar April 2012. Defacement yang hanya menukarkan fail index ini menceroboh melalui CMS (content management system), kebiasaannya web yang menggunakan Joomla, WordPress, etc. Seperti semua, laman web kami juga menggunakan platform tersebut dan kemungkinan untuk terjadi selalu ada.
Apa pun kami komited memberikan servis hosting terbaik untuk semua dengan meningkatkan mutu kualiti servis di dalam segala segi.
Terima kasih
Regards,
Sealserver Network
terima kasih atas komen ini