Jurulatih Baru Liverpool Brendan Rodgers

Brendan Rodgers jurulatih baru Liverpool new manager

Jurulatih Baru Liverpool Brendan Rodgers.  Bekas jurulatih Swansea City, Brendan Rodgers telah dilantik sebagai pengurus baru Liverpool menggantikan Kenny Dalglish. Sebelum ini, Brendan Rodgers pernah menolak tawaran awal daripada Liverpool FC tetapi kemudian mengatakan dia tidak dapat hendak menolak tawaran kedua daripada Liverpool setelah mengetahui dirinya adalah target nombor 1 sebagai jurulatih baru Liverpool FC.

Brendan Rodgers menyatakan dirinya tidak dapat menolak Liverpool yang dianggapnya sebagai salah satu dinasti bola sepak. Sebelum ini ramai jurulatih yang dikatakan bakal menggantikan Kenny Dalglish di Liverpool seperti jurulatih Wigan, Roberto Martinez, Andre-Villa Boas dan juga bekas jurulatih Liverpool Rafael Benitez. Brendan Rodgers pernah berkerja di bawah Jose Mourinho semasa di Chelsea dan pernah menjadi jurulatih di Watford, Reading Swansea City dan sekarang jurulatih baru Liverpool.

Jurulatih Baru Liverpool Brendan Rodgers, dikatakan akan diberi masa oleh Fenway Sports Group untuk mendirikan pasukan untuk masa hadapan Liverpool supaya lebih bersaing dan kompetitif. Brendan Rodgers mendapat pujian pada musim ini bersama Swansea City dan juga corak permainan   menarik yang diserapkan kepada pasukannya.

Selamat datang ke Liverpool Fc, Brendan Rodgers dan lakukan yang terbaik.

(156)

5 Comments

Filed under Football

5 Responses to Jurulatih Baru Liverpool Brendan Rodgers

  1. takpe. MU tetap kacak. haha..

  2. harap-harap berjaya la bawak liverpool naik kembali ..aku sokong liverpool sejak aku dajah 6 bro ..musim kali ni paling teruk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Protected by WP Anti Spam