Apakah Kaedah Study Terbaik Untuk Kita? Ketika belajar sesuatu subjek dalam kelas, kita mesti pernah dengar pensyarah/guru menyuruh kita fahamkan konsep yang diajar dan bukannya menghafal. Mungkin ada juga yang terfikir apa beza nya faham dan menghafal tu. Cuba bandingkan contoh di bawah dan selesaikan tanpa menggunakan kalkulator:

1. 1×2=
2. 12345 x 567=
Dua pengiraan yang mudah sekali untuk diselesaikan, bagi contoh pertama, 1×2=?, semua orang yang normal akan memberi jawapan =2 serta merta. Bagi contoh kedua pula, kita perlukan sedikit masa untuk mendapatkan jawapannya iaitu 6999615. Ringkasnya, kita sudahpun menghafal jika 1×2=3, tapi, kita tidak menghafal 12345 x 567=6999615, sebaliknya kita gunakan konsep yang sedia kita ketahui untuk mencari jawapannya.
Ringkasnya, jika kita faham konsep dan cara menjawap sesuatu masalah dalam pembelajaran kita, maka peluang kita mendapat keputusan yang cemerlang juga cerah. Sebaliknya jika kita hanya menghafal sahaja, kita akan mudah lupa dan terpaksa meluangkan masa yang banyak untuk menghafal. Semoga anda jumpa kaedah study terbaik untuk diri anda
(71)
Lecturer salu pesan..huhuhu