Kenaikan Gaji Tentera Angkatan Tentera Malaysia

Kenaikan gaji tentera telah pun dilaksanakan lebih awal berbanding Skim Baru perkhidmatan Awam (SBPA). Melalui skim gaji tentera baru, kenaikan gaji untuk ahli tentera baru Angkatan Tentera Malaysia ATM, yang berkelulusan SPM akan dinaikan kepada gaji pokok tentera iaitu sebanyak RM1125 sebulan.

Berpandukan skim gaji tentera baru Angkatan Tentera, gaji  bulanan tentera (pokok) anggota tentera berkelulusan Ijazah juga dinaikkan ke RM2400 sebulan. Menurut Kementerian Pertahanan,Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, imbuhan gaji tentera itu sejajar dengan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan yang ATM adalah antara perkhidmatan terkanan di negara Malaysia ini.

“Secara kebetulan pelaksanaan skim gaji tentera baru ATM ini diluluskan hampir sama dengan SBPA sedangkan semakan yang dilakukan pihak kita sudah lama dilakukan.

“Melalui skim gaji baru ini juga, anggota prebet muda yang menyertai ATM ketika berusia 18 tahun boleh berkhidmat sehingga usia 45 tahun iaitu perkhidmatan maksimum selama 27 tahun,” katanya selepas memberi taklimat SBPA-ATM kepada anggota ATM di Kem Penrissen. Ringkasnya anggota tentera prebet yang menyertai ATM ketika muda 18 tahun boleh terus berkhidmat sehingga 45 tahun iaitu selama tempoh maksimum khidmat tentera 27 tahun.

Melalui skim baru yang diperkenalkan ini juga , difahamkan hanya dua kemasukan ke dalam perkhidmatan ATM akan dibuat iaitu melalui SPM dan Ijazah Sarjana Muda dengan semakan ke atas kemasukan kelayakan diploma sedang dilakukan.

Nampaknya gaji tentera Angkatan Tentera Malaysia naik lagi, untung juga jadi tentera ini, sayangnya ini bukan bidang yang aku minat. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi askar, berusahalah sedaya upaya untuk mencapai cita-cita tersebut.

(605)

Leave a Comment

Filed under Semasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Protected by WP Anti Spam