
Keputusan England VS Ukraine Euro 2012 Result. Wayne Rooney akan membuat penampilan pertama di Euro 2012 selepas habis tempoh pengantungan. Wayne Rooney menggantikan tempat Andy Carroll dalam kesebelasan utama England. Ukraine pula turun tanpa tonggak utama Shevchenko dalam kesebelasan utama. pemenang dalam perlawanan ini akan layak ke suku akhir Euro 2012. England hanya perlukan seri untuk layak manakala Ukraine perlu menang.
Pada separuh masa pertama, baik England mahupun Ukraine gagal menyempurnakan peluang untuk menjaringkan gol. Keputusan England lawan Ukraine Euro 2012 dalam kumpulan D berakhir seri tanpa jaringan pada separuh masa pertama. Wayne Rooney gagal menyudahkan peluang terbaik England apabila tandukannya tersasar. Pada separuh masa kedua, Wayne Rooney akhirnya menjaringkan gol pertama England pada minit ke-47. England mendahului 1-0. Jaringan gol kontroversi Ukraine tidak dikira walaupun ulang tayang menunjukkan bola seakan sudah melepasi garisan gol minit ke-62. Keputusan England VS Ukraine Euro 2012 kekal 1-0 dan England menjadi juara kumpulan D diikuti France sebagai naib juara. England akan bertemu dengan Italy pada suku akhir Euro 2012. France pula bertemu Spain.
(73)
Tahniah buat englad.
Tgk semalam kejap dan tengok Ukraine bermain cukup cemerlang semalam cuma tiada penyudah saja.
ada gol kontroversi tu hee
tahniah buat team n fan ukraine..beraya sakan la bila team pilihan yg menang..