Keputusan Liverpool VS Chelsea EPL

Keputusan Liverpool VS Chelsea dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pagi tadi berakhir dengan kemenangan 4-1 kepada Liverpool. Sebagai peminat pasukan Liverpool, kemenangan terhadap Chelsea ini tidaklah begitu dirasakan sebab perlawanan tersebut tidak lagi penting buat kedua-dua pasukan. Walaubagaimanapun masih tetap gembira apabila pasukan kesukaan pilihan kita menang.

Musim ini, Liverpool tidak ada apa-apa target lagi yang tinggal selepas memenangi Piala Carling Cup, hanya menunggu untuk menamatkan perlawanan Liga Perdana Inggeris yang masih tinggal. Chelsea pula, peluang untuk menduduki tempat keempat Liga perdana Inggeris yang membolehkan mereka masuk ke kelayakan Champion League sangat tipis. Mungkin sebab  menyedari hakikat tersebut, pasukan Chelsea hanya menurunkan segelintir sahaja pemain utama dan fokus utama Chelsea sudah pasti adalah misi utama Chelsea sekarang adalah Champion League Final menentang Bayern Munich. Kemenangan ke atas Bayern Munich merupakan satu-satunya tiket untuk Chelsea bertanding dalam Champion League musim depan selepas tewas kepada Liverpool.

Keputusan  Liverpool vs Chelsea 9 Mei 2012 (Full Time):

Liverpool (4)-(1) Chelsea

Essien 19(og) Henderson 25 Agger 28 Shelvey 61
Ramires 50

Boleh juga pasukan Liverpool menang besar terhadap Chelsea dalam perlawanan ini. Walaupun kalah teruk, semoga Chelsea boleh melakukan yang terbaik untuk memenangi Piala Juara Eropah (UEFA Champion League) menentang bayern Munich nanti.

(95)

4 Comments

Filed under Football

4 Responses to Keputusan Liverpool VS Chelsea EPL

  1. yup setuju ngan ko..hehe…match pagi td tu mmg xde maknonyo laie..hahah

  2. dah takde maknanya perlawanan ini,,,hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Protected by WP Anti Spam