Keputusan Manchester United vs Everton

Keputusan Manchester United vs Everton sudahpun diketahui selepas 90 minit perlawanan berlangsung pada 22 April 2012.

Keputusan Manchester United VS Everton Jelavic

Keputusan perlawanan EPL  Manchester United vs Everton di Old Trafford berakhir dengan keputusan Manchester United 4 Everton 4. Pasukan Everton terlebih dahulu mendahului melalui tandukan penyerang Everton, Jelavic pada minit ke 33. Wayne Rooney menyamakan kedudukan 1:1 apabila menyudahkan hantaran dari Nani pada pada minit ke 41.

Pada separuh masa kedua, Danny Welbeck meletakan Manchester United di depan pada minit ke 61. Nani kemudian menjaringkan gol pada minit ke 61 dan kedudukan Manchester Uniter 3:1 Everton.  Walaubagaimanapun,  pemain antarabangsa Belgium, Marouane Fellaini menjaringkan gol untuk pasukan Everton 6 minit kemudian. Pasukan Manchester United kembali mendahului dengan dua jaringan gol apabila penyerang England, Wayne Rooney menjaringkan gol keempat buat Manchester United pada minit ke 70. Kedudukan kini menjadikan Manchester United 4 : 2 Everton.

Hanya tinggal 7 minit sebelum perlawanan tamat, pasukan Everton kemudian mengejutkan pasukan tuan rumah apabila Jelavic menjaringkan gol pada minit ke 83 diikuti  dengan jaringan Pienaar pada minit ke 85. Kedudukan kini Manchester United 4 : 4 Everton.

Keputusan penuh Manchester United VS Everton kekal dengan keputusan seri Manchester United 4 : 4 Everton. Bukan selalu boleh tengok perlawanan bola sepak yang menghasilkan 8 gol dalam satu perlawanan.

(42)

Leave a Comment

Filed under Football

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Protected by WP Anti Spam