Keputusan Poland VS Czech Republic Euro 2012 Result. Perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentukan pasukan mana yang layak ke peringkat suku akhir Euro 2012. Poland dan Czech Republic memerlukan kemenangan untuk memastikan kelayakan mereka ke suku akhir. Walaupun seri mungkin sudah mencukupi buat Czech Republic sekiranya Greece gagal mengalahkan Russia. Perlawanan terakhir peringkat kumpulan diadakan secara serentak antara Czech Republic VS Poland dan Greece VS Russia.
Pada separuh masa pertama, tiada jaringan gol yang dijaringkan oleh Poland atau Czech Republic. Keputusan Poland VS Czech Republic Euro 2012 pada separuh masa pertama berakhir seri 0-0 tanpa jaringan. Pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan perlu menang sebab Greece telahpun menjaringkan gol menentang Russia 1-0. Kedua-dua pasukan Czech Republic dan Poland akan tersingkir sekiranya tiada perubahan yang berlaku. Pada minit ke-72, Czech Republic akhirnya berjaya menjaringkan gol yang menerusi Jiracek. Keputusan Euro 2012 Poland VS Czech Republic Euro 2012 tamat dengan kemenangan Czech Republic 1-0 Poland. Czech Republic telah layak ke suku akhir manakala Poland telah tersingkir bersama Russia. Greece dan Czech Republic mara ke suku akhir Euro 2012.
(33)
