
Ronaldo gol
Keputusan Portugal VS Belanda Euro 2012 Result. Pasukan Belanda memerlukan kemenangan dan mengharapkan Germany menewaskan Denmark untuk mara ke suku akhir Euro 2012. Belanda perlu menang dengan sekurang-kurangnya 2 gol dan Denmark kalah kepada Germany. Pasukan Portugal juga perlukan kemenangan untuk memastikan kemaraan ke suku akhir sekiranya Germany tewas kepada Denmark. Walaubagaimanapun, sekiranya Denmark tewas, Portugal hanya perlu seri untuk layak.
Pada separuh masa pertama, pasukan Holland menurunkan barisan pemain handalan Van Persie, Arjen Robben, Wesley Sneijder, Hunterlaar dan Van Der Vaart semuanya diturunkan. Pada minit ke-9, Van Der Vaart menjaringkan gol pertama Belanda dan Netherlands mendahului 1-0. Cristiano Ronaldo kemudian menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-28. Keputusan Portugal VS Belanda (Holland) Euro 2012 pada separuh masa pertama kekal 1-1. Separuh masa kedua. Christiano Ronaldo menjaringkan gol kedua dan Portugal mendahului 2-1. Keputusan Portugal VS Belanda Euro 2012 kekal Portugal 2-1 Belanda sehingga tamat perlawanan. Portugal layak ke suku akhir Euro 2012 bersama Jerman yang mengalahkan Denmark 2-1.
(58)
Belanda dah berjaya balik awal.
Aku jangka belanda akan bagi saingan sengit tapi hampa.