Keputusan Real Madrid VS Barcelona (El Clasico) telah memihak kepada Real Madrid dengan keputusan 2-1. Perlawanan El Clasico sememangnya perlawanan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh para peminat bola sepak di seluruh dunia ini termasuk di Malaysia. Perlawanan Barcelona VS Real Madrid berlangsung di Nou Camp, tetapi ternyata bermain di padang sendiri tidak dapat membantu memberi kemenangan buat pasukan Barcelona kali ini.
Pasukan Barcelona sangat memerlukan kemenangan dalam perlawanan El Clasico untuk merapatkan jurang mata antara mereka dengan Real Madrid. Walaubagaimanapun, pasukan Barcelona dikejutkan dengan gol pembukaan oleh pemain antarabangsa German, Sami Khedira pada minit ke-17 perlawanan.
Perlawanan separuh masa tamat dengan keputusan Real Madrid 1 :0 Barcelona .Pasukan kemudian berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol yang dijaringkan oleh pemain antarabangsa Chile, Alexis Sanchez. Kedudukan tersebut bagaimanapun tidak dapat bertahan lama apabila, pemain handalan Real Madrid, Christiano Ronaldo menjaringkan gol hasil hantaran cantik oleh rakan sepasukan, Mesut Ozil dan kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol Barcelona, Victor Valdez.
Keputusan Penuh :Real Madrid (2) : (1)Barcelona
Sami Khedira 17
Sanchez 72
Christiano Ronaldo 73
Keputusan Real Madrid VS Barcelona akan mencerahkan lagi peluang pasukan Real Madrid untuk muncul sebagai juara Liga Sepanyol musim ini dengan kelebihan 7 mata di depan Barcelona.
(150)

teruskan perjuangan mu… semoga terus berjaya
semoga Real berjaya ha2
hehehe.. sukanya..even tak minat..tapi suka christiano ronaldo..
ya ke, kira sokong Real Madrid la sbb C.Ronaldo he2
Love Barcelona 4ever
bgs lah, ttp support even kalah