Pagi tadi berlangsung game Liga Juara Eropah (Champion League) antara 2 kelab jutawan dunia iaitu Real Madrid VS Manchester City. Musim lepas, kedua-dua kelab ini menjadi juara liga di EPL dan La Liga masing-masing. Keputusan Real Madrid vs Manchester City memihak kepada madrid dengan kemenangan 3-2. Manchester City menjaringkan gol pertama melalui Dzeko, dan Marcelo menyamakan kedudukan. Kolarov meletakan Manchester City di depan pada minit ke 85 akibat kesilapan pertahanan Real Madrid. Hanya tinggal kurang dari lima minit sebelum tamat perlawanan, Manchester City kemudian agak cuai dan macam lupa lawan mereka ialah juara Eropah 9 kali.

Karim Benzema menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke 87 dan Christiano Ronaldo menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit akhir perlawanan. Keputusan Real Madrid VS Manchester City tamat Real Madrid 3-2 Manchester City. Juara Liga Jerman, Borussia Dortmund mengalahkan Ajax dalam satu lagi perlawanan kumpulan D. Walaupun Manchester City kalah tapi aku rasa mereka dapat mara ke perlawanan kalah mati dalam kumpulan D yang dianggap kumpulan maut ini asalkan mereka dapat kalahkan Borussia Dortmund.
(617)
Semalam tertido..member cakap best gila game ni..huhu
gol last2 minit tu yang suspens
hahahaha…mak cik siti kalah…hehehe….real madrid menang tipis.//
mak cik siti kalah haha
menang tipis atau menang besar masih 3 mata juga kan
tahniah real, mereka layak menang, malulah klu kalah tempat sendiri hehe
real dan MC sama2 buat kesilapan tp akhirnya RM menang
Yeah.. hidup RM..
liga juara nih aku belum tengok lagi, sekadar tengok keputusan jer
ni masih peringkat kumpulan je, lps ni akan lbh menarik
Arsenal pun menang juga
tahniah pd Arsenal
Nasib baik menang Real Madrid..
Tahniah Real…
Baju biru tu macam buat aksi pelik dekat baju putih.. Perasan tak? Hahah
Sorry la tak reti nak komen pasal bola..Hahahaha
tu time dia kena dribble oleh Ronaldo yang terus menjaringkan gol ke-3 perlawanan.
adeh…kempunan mancity.hehe
Perjalanan masih jauh lagi.. Semua psukan masih berpeluang.
kesian MC
harap2 MU dapat menang pagi ni nanti
taniah RM..
Assalamualaikum
Alamak semua entri bola ..tak tau nak komen apa ..
selamat pagi ..
dah lama tak layan game bola ni.
Ronaldo memang terbaikkk