Keputusan Russia VS Czech Republic Euro 2012. Russia membuat amaran awal apabila membelasah Czech Republic 4-1 pada perlawanan pertama. Selepas perlawanan Poland vs Greece yang berakhir seri, maka kemenangan dalam perlawanan Russia VS Czech Republic akan menentukan siapa yang menduduki tangga teratas kumpulan A Euro 2012.
Russia menjaringkan gol pertama seawal minit ke-15 menerusi Dzagoev. Russia kemudian menambah gol kedua pada minit ke-24 menerusi jaringan Shirokov. Keputusan Russia VS Czech Republic Euro 2012 separuh masa pertama Russia mendahului 2-0.
Pada separuh masa kedua, Pilar berjaya menjaringkan gol buat Czech Republic dan menjadikan kedudukan 1-2. Walaubagaimanapun usaha Czech Republic untuk menyamakan kedudukan tidak berjaya sebaliknya Dzagoev menjaringkan gol ketiga buat Russia dan juga gol keduanya dalam perlawanan. Dzagoev kini penjaring terbanyak atau top scorer Euro 2012. Russia kemudian bertambah selesa apabila Pavlyuchenko menjaringkan gol ke-4 Russia. Keputusan Russia VS Czech Republic Euro 2012 berakhir dengan kemenangan Russia 4-1. Russia kini menduduki tangga teratas dalam Kumpulan A Euro 2012.
Pemain Russia Euro 2012 vs Czech Republic
Malafeev, Aniukov, Berezutsky, Zhirkov, Ignashevich, Shirokov, Zyryanov, Denisov, Dzagoev, Arshavin Kerzhakov.
Pemain Simpanan : Akinfeev, Sharonov, Izmailov, Pavlyuchenko, Kombarov, Kokorin, Granat, Pogrebnyak, Nababkin, Glushakov, Semshov, Shunin.
Pemain Czech Republic Euro 2012 vs Russia
Cech, Gebre Selassie, Sivok, Hubnik, Kadlec, Jiracek, Plasil, Pilar, Rosicky, Rezek, Baros.
Pemain Simpanan : Suchy, Lastuvka,, Necid, Limbersky, Petrzela, Rajtoral, Hubschman, Kolar, Lafata, Pekhart, Drobny, Darida
(90)

dah agak memang russia menang .hahaha …tak sempat tengok russia main ..
haha, Czech main teruk
garangnya sentuhan pembukaan russia,,,
Russia paling hebat kumpulan A ini, mesti boleh ke separuh akhir, satu lagi slot untuk pasukan kumpulan A jadi rebutan antara Greece, Poland dan Czech