Keputusan Spain VS Croatia Euro 2012 Result. Spain dan Croatia masih belum kalah dalam dua perlawanan Euro 2012 sebelum ini. Spain menduduki tangga teratas dan Croatia di tangga kedua. Keputusan seri sudah memadai buat Spain untuk layak ke suku akhir tanpa mengira keputusan Italy VS Ireland. Walaubagaimanapun sekiranya Italy menang, Croatia akan tersingkir melainkan Croatia menang atau seri sekurang-kurangnya 2-2, 3-3 atau lebih jaringan gol dengan Spain.
Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol walaupun banyak percubaan dilakukan. Keputusan Sepanyol VS Croatia Euro 2012 tamat dengan seri tanpa jaringan pada separuh masa pertama.
Separuh masa kedua, Spain akhirnya menjaringkan gol pada lewat perlawanan minit ke-88 menerusi Jesus Navas. Keputusan Spain VS Croatia Euro 2012 tamat dengan kemenangan Spain 1-0 Croatia. Spain layak ke suku akhir sebagai juara kumpulan C diikuti Italy yang menewaskan Ireland.
(76)

dah agak dah
haha, croatia kurang bernasib baik
spain dah selamat ke suku akhir,,,