Keputusan Spain VS Italy Euro 2012 Final. Spain berjaya mempertahankan kejuaraan Eropah apabila mengalahkan Italy pada Final Euro 2012. Spain menjaringkan gol pertama melalui David Silva diikuti jaringan Jordi Alba pada separuh masa pertama. Spain kemudian menurunkan Fernando Torres pada minit ke-75 menggantikan Fabregas. Fernando Torres kemudian menjaringkan gol ketiga Spain dan mencipta gol untuk Juan Mata untuk gol keempat Spain dalam Final Euro 2012. Fernando Torres kini menjaringkan dua gol dalam dua Final Euro selepas menjaringkan gol pada Final Euro 2008. Pasukan Italy gagal menjaringkan sebarang gol pada Euro 2012 Final dan Sepanyol menang 4-0 tamat perlawanan.
Keputusan Spain VS Italy Euro 2012 Final, Fernando Torres telah memenangi anugerah penjaring gol terbanyak Euro 2012 Adidas Golden Boot Award dengan 3 gol dan 1 assist. Selain Torres, terdapat lima lagi pemain yang menjaringkan 3 gol iaitu Mario Gomez, Christiano Ronaldo, Mario Balotelli, Alan Dzagoev dan Mario Mandzukic. Hanya Fernando Torres dan Mario Gomez sahaja yang mempunyai assist sepanjang Euro dan masing-masing mempunyai satu assist. Fernando Torres bagaimanapun memenangi Golden Boot Award disebabkan bermain untuk masa yang lebih singkat berbanding Mario Gomez iaitu 189 minit berbanding 282 minit oleh Gomez.
(350)

aduhai bengang giler tgk final kali ni, italu seolah-olah tak melawan lansung…tak mcm 1st game hari tu huh
susah buat Italy lagipun terpaksa bermain hampir 30 minit dengan 10 pemain..
Tahniah buat Spain & para penyokongnya. Pasukan hebat yang selayaknya jadi juara!
persembahan pgi tdi sapin smmenangnya layak
final paling teruk…paling tension tengok si bolatelli yang berlagak tu…siot je…
last2 menangis balotelli tu, kesian jga tgk
Hahaha…puas hati aku…..yg penting aku bakal dpt baju dr DH…:)
Ooo, congrats bro
Ya betul la apa yg aku dgr..torres dapat kasut emas..wahhh…
ya, happy jga tgk torres dpt kasut emas tu
tahniah untuk sepanyol dan tores untuk kasut emas.
yup, tahniah buat spain sbb berjaya mempertahankan kejuaraan
mmg best tgk Spain…
spain bermain di tahap terbaik pgi tadi, memang ssah nak dilawan
Viva Espanol… Spain terbaik!
viva espana
, Spain mmg terbaik haha
walaupun aku kecewa italy tak menang. tapi aku suka torress bila dia berjaya naik kali ni. kalau tak..dia akan jadi cam beckam dan anelka..
torres ok jga Euro kali ini
hhaha.samala bro.. spain fans
aku sbnarnya sokong England, lps tu bru Spain
tahniah team spain!
tahniah spain