Keputusan Spain VS Italy Euro 2012

Keputusan Spain VS Italy Euro 2012 result

Keputusan Spain VS Italy Euro 2012. Perlawanan pertama Spain untuk mempertahankan kejuaraan Eropah dalam Euro 2012 adalah menentang Italy. Pada Euro 2008 yang lepas, Spain telah menewaskan Itali pada suku akhir melalui sepakan penalti dan muncul juara selepas menewaskan Jerman. Kedua-dua pasukan mahukan permulaan baik supaya berada dalam keadaan selesa melihat keputusan Croatia VS Ireland kemudiannya.

Senarai kesebelasan utama pemain yang diturunkan agak mengejutkan apabila kedua-dua pasukan Spain dan Italy mengambil sikap berhati-hati dan dilihat lebih mementingkan pertahanan. Pasukan Sepanyol tidak menurunkan sebarang striker sebaliknya Fabregas diletakkan di barisan hadapan manakala Italy pula meletakan tonggak tengah De Rossi di posisi pertahanan. Keputusan Spain VS Italy Euro 2012 masih lagi seri tanpa jaringan 0-0 sehingga tamat perlawanan separuh masa pertama. Mario Balotelli dilayangkan kad kuning pertama perlawanan Italy vs Spain apabila melakukan faul pada Jordi Alba.

Separuh masa kedua, Di Natale  turun menggantikan Mario Balotelli pada minit ke-56.  Minit ke-60, Di Natale mengejutkan Spain apabila menjaringkan gol melalui serangan balas yang pantas dari Italy. Fabregas kemudian pantas menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke 64. Fernando Torres kemudian menggantikan Fabregas pada minit ke-74. Keputusan Spain VS Italy Euro 2012 result berakhir seri 1-1.

Spain Euro 2012 VS Italy :
Casillas, Arbeloa, Pique, Ramos, Alba, Alonso, Busquets, Xavi, Iniesta, Silva, Fabregas

Italy Euro 2012 VS Spain :
Buffon, Bonucci, Chiellini, Maggio, De Rossi, Motta, Marchisio, Pirlo, Giaccherini, Cassano, Balotelli

(63)

2 Comments

Filed under Football

2 Responses to Keputusan Spain VS Italy Euro 2012

  1. penuh debaran tgk match ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Protected by WP Anti Spam