Konsert Mania pada minggu Minggu 6 Peserta Tersingkir. Konsert Mania Minggu 6 telah membuat sedikit kejutan apabila menyaksikan dua peserta yang tersingkir konsert mania minggu ini. Peserta tersingkir konsert mania minggu ini ialah Akim dan Atilia. Kedua-dua peserta yang tersingkir pada konsert mania minggu ke 6 iaitu Akim dan Atilia adalah merupakan artis di bawah Empayar Hijau naungan produser Ahmad Dhani dari Indonesia.
Konsert mania minggu 6 menyaksikan penyingkiran Akim dan Atilia yang bermakna kini Empayar Hijau Naungan produser Ahmad Dhani hanya tinggal tiga perserta iaitu Hafiz, Aril dan Estranged. Sementara itu artis di bawah Empayar Merah Naungan produser M. Nasir iaitu Stacy, Shila Amzah, Ebi, Hazama dan Kristal masih kekal unggul dan belum ada penyingkiran setakat ini. Empayar Biru Naungan produser Aubrey Suwito pula boleh menarik nafas lega apabila minggu ini tiada peserta yang tersingkir selepas dua minggu berturut-turut peserta Empayar Biru tersingkir. Empayar Biru naungan produser Aubrey Suwito yang masih tinggal ialah Adira, Alyah, Jaclyn Victor.
Sekarang ini, Jaclyn Victor mendapat undian yang tertinggi diikuti dengan Hazama dan Stacy, manakala Ebi dan Alyah pula berada di kedudukan terendah semasa entri ini ditulis.
Undian Terkini Konsert Mania (semasa entri di post) :
JACLYN 24%
HAZAMA 15%
STACY 15%
SHILA 13%
HAFIZ 13%
ESTRANGED 6%
KRISTAL 6%
ARIL 3%
ADIRA 3%
ALYAH 1%
EBI 0% (110)

tak pernah pun tengok. huhu.
blh start tng0k skrg
sya hrp stacy kekal