Lee Chong Wei Sedia Bermain Di Olimpik 2016 Brazil. Lee Chong Wei sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk berundur dari sukan olimpik selepas Olimpik London 2012. Lee Chong Wei bagaimanapun berkata dia sedia kembali ke olimpik sekiranya pretasinya masih di tahap terbaik. Lee Chong Wei akan berusia 30 tahun pada Oktober tahun ini dan akan berusia 34 tahun pada 2016 nanti.
Bagi aku, Lee Chong Wei memang boleh cuba bermain di Olimpik 2016 nanti. Peter Gade berusia 36 tahun juga masih mampu ke Olimpik London 2012. Lagipun sekarang ini, masih belum ada sebarang tanda ada pemain Malaysia boleh menggantikannya. Harap-harap ada pemain badminton Malaysia yang boleh menyerlah dalam masa 4 tahun akan datang. Biar Malaysia hantar 3 wakil untuk olimpik 2016 macam China hantar Lin Dan, Chen Long dan Chen Jin.
(75)

DLCW boleh! wa kat belakang lu..
DLCW ada menasihatkan agar perlu ada pelapis. Harapan saya beliau tidak mengalami kecederaan serius pada masa akan datang yang boleh menjejaskan fokus persiapan.