Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2.0 Kali Kedua. Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2.0 akan diedarkan pada bulan Oktober ini menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai. Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2.0 Kali Kedua ini akan diberikan kepada isirumah yang berpendapatan RM3000 ke bawah.

Bagi mereka yang layak akan diberikan bantuan sebanyak RM500 seperti dahulu. Pemohon sebelum ini yang sudah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M tidak perlu untuk membuat pendaftaran semula. Walaubagaimanapun, mereka yang tidak menerima BR1M sebelum ini atau gagal menerima BR1M yang lepas perlu untuk membuat pendaftaran yang baru.
Individu yang belum berkahwin (bujang) berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan bawah RM2000 layak mengemukakan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)kali ini. Jika permohonan golongan bujang bawah 21 tahun diterima, mereka akan diberikan RM250. Pelajar Universiti adalah tidak layak untuk memohon BR1M 2.0 dan diberikan baucar buku RM250. Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2.0 Online juga disediakan kepada para pemohon.
UPDATE 1 NOVEMBER 2012: PEMOHONAN KINI DIBUKA SECARA ONLINE (938)
tak sabar nak mohon ni..
masih ramai yang belum tahu pemberian ni
perlu hebahan yang lebih meluas lagi
Ala…. tak layak nak mohon.
ooo bulan ni ekk borang diedar..alhamdulillah rezeki..
yang lepas dah dapat, kali ke dua ni harap-harap dapat.
mcm ner nk daftr on line ni….?
pergi ke laman web ini untuk daftar online https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx