Promosi Domain Dot My [.my] Exabytes Serendah RM0.99. Berdasarkan carian aku, harga domain dot my (.my) yang paling murah di Malaysia ialah RM75 setahun dan harga maksimum ialah Rm120 setahun. Walaubagaimanapun, korang masih boleh mendapatkan dengan harga lebih murah sekiranya ada promosi.
Bermula 8 Jun 2012 hingga 22 Jun 2012 iaitu mulai esok, akan bermula promosi domain dot my (.my/com.my/net.my/org.my/name.my/edu.my/mil.my/gov.my) bagi semua reseller berdaftar dengan domain registry sempena ulangtahun ke 25 domainregistry. Promosi harga domain dot my ini adalah ditetapkan pada standard harga RM25 bagi tahun pertama. Promosi domain yang dibuat oleh exabytes adalah yang agak menarik dan murah iaitu bermula dengan harga serendah RM0.99 bagi domain dot my (.my) untuk tahun pertama.
Seperti promosi domain yang terdahulu, harga ini akan semakin meningkat dari RM0.99 ke RM3.99, RM6.99 dan seterusnya sehingga RM25. Jadual promosi domain dot my .my harga boleh tengok di sini. Sesiapa yang cepat buat order bermula pukul 9.00 pagi esok, boleh dapat harga yang lebih murah.
(221)

domainregistry.my sendiri bg RM25 tp exabyte bg RM0.99.. la murah.. hehehe
ingat nak sambar utk 5 tahun terus tp hanya tahun pertama jer… iks iks iks
haha, promosi mmg mcm tu, kra ok jga
Orang dari negara lain apa boleh juga ni mendaftar domain .my ya ?!
nice info mas bro..