Semakan Keputusan UPSR 2012 (UPSR 2012 Result)

Semakan Keputusan UPSR 2012 (UPSR 2012 result). Semakan keputusan UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) bagi tahun 2012 boleh disemak dalam masa tujuh hari lagi. UPSR merupakan peperiksaan untuk menilai pencapaian pelajar akhir tahun enam di pendidikan sekolah rendah. UPSR mempunyai subjek wajib seperti subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

tarikh semakan keputusan upsr 2012 secara online dan sms

Seramai 517,139 calon yang telah mengambil peperiksaan UPSR 2012 tahun ini. Calon boleh membuat semakan keputusan UPSR 2012 (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2012) di sekolah masing-masing pada 19 November 2012. Tarikh keputusan UPSR 2012 diumumkan ialah 19 November 2012 bermula pukul 10 pagi. Cara semakan keputusan UPSR juga boleh dibuat secara online dan SMS.

Semakan keputusan UPSR Online (UPSR 2012 result):

  • Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
  • Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna merah.
  • Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.

Semakan Keputusan UPSR Secara SMS (Sistem Pesanan Ringkas):

  • Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

  (458)

7 Comments

Filed under Semasa

7 Responses to Semakan Keputusan UPSR 2012 (UPSR 2012 Result)

  1. selamat berjaya buat adik2 yang terlibat

  2. KiD

    aku nak semak upsr aku leh tak bro? :)

  3. good luck untuk semua adik-adik yang mengambil UPSR 2012..

  4. inderani

    good luck kepada semua pelajar upsr semoga berjaya