Shebby Singh Dilantik Pengarah Bolasepak Blackburn Rovers. Kepada sesiapa peminat bolasepak yang selalu tengok siaran sukan di astro mesti kenal akan Shebby Singh ini. Idea dan pendapat yang diluahkannya memang tidak pernah putus dan mempunyai gaya yang tersendiri. Mungkin disebabkan tertarik dengan gaya dan stail Shebby Singh, Venky pemilik kelab Blackburn Rover berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Pemilik kelab Blackburn Rovers yang berasal dari India telah melantik Shebby Singh sebagai pengarah bola sepak Blackburn Rovers. Blackburn Rovers menduduki tempat ke-19 di Liga Perdana Inggeris EPL musim lepas dan turun ke Championship.
Shebby Singh adalah bekas pemain bolasepak Malaysia dari tahun 1978 hingga 1996. Shebby Singh bermain di kedudukan pertahanan dalam skuad kebangsaan semasa karier bolasepaknya sebagai pemain. Tahniah kepada Shebby Singh dilantik sebagai pengarah bolasepak Blackburn Rovers. Dan semoga berjaya melaksanakan tugas dengan cermerlang. Rasa bangga sebab orang Malaysia boleh jadi pengarah bolasepak di England
(214)

Tahniah buat shebby…
Bakat kelahiran Malaysia semakin dipandang.
hebat shebby ni
tgk nama singh ingatkan india td..hee
org Malaysia ni
dah rezeki dia. haha..
banyak rezeki heee
tahniah buat beliau. pengarah bola pun dah sampai luar nampaknya, perkembangan yg sihat untuk negara
org luar dah mula tengok bakat apa yg ada kat Malaysia ni
sorry lama x sianggah
haha, slmt dtg
bangga sebab dia membawa nama malaysia kan
bangga2
kehadiran shebby dalam BR bawak keuntungan kepada kita (malaysia gak) pasukan kelantan, sabah dan harimau malaya dapat merasa lawan freindly dengan depa..dan juga kemungkinan anak melaysia suatu hari nanti boleh selit dalam team BR nanti..
suka tgk dia jd pundit