Skuad Piala Thomas Mesti Senaraikan Zulfadli Zulkifli untuk kejuaraan Piala Thomas tahun ini. Begitulah kata Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tengku Kamil Ismail Idris Shah.
Zulfadli Zulkifli merupakan juara Kejohanan Remaja Dunia di Taiwan setelah menundukkan pemain Denmark, Viktor Axelsen tahun lepas. Selepas itu, Zulfadli Zulkifli dianggap sebagai pemain muda yang berpotensi besar untuk menggantikan jaguh badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei.
Selain itu, Tengku Kamil Ismail Idris Shah juga mengatakan BAM hendaklah mengakui Zulfadli Zulkifli sebagai pemain pelapis perseorangan negara yang terbaik ketika ini. Pada pertandingan kelayakan Piala Thomas lalu, Zulfadli Zulkifli tidak disenaraikan oleh BAM di mana skuad Piala Thomas walaupunpun berjaya ke separuh akhir dan mendapat tempat ke-4, tetapi kebanyakan pemain pelapis tidak berapa menyerlah.
Aku sokong kalau dia disenaraikan dalam skuad piala Thomas nanti, aku belum pernah lagi tengok dia ni bermain, lagipun kalau pemain perseorangan lain selain Lee Chong Wei selalu kalah, apa salahnya cuba pemain yang baru.
Biodata Zulfadli Zulkifli :
Nama : Zulfadli Zulkifli Sidek
Umur: 19 Tahun
Tarikh lahir: 11 Februari 1993
Tempat lahir: Los Angeles, Amerika Syarikat
Antara pencapaiannya ialah :
Juara Perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Remaja Asia 2011
Juara Sukan Komanwel Remaja di United Kingdom September 2011
Juara Kejohanan Remaja Dunia Taiwan 2011
Juara MSSM MS 2004-2007
Juara MSSM MD 2003-2005
Juara U12 GP 2003-2005
Juara Sirkit Kebangsaan Junior
Peringkat Akhir (U14BS) 2007
Juara Terbuka Kedah MS division 2 2007
Juara U10 perseorangan lelaki Selangor
Juara U-12 Luster International Open 2005 di Sungai Petani
Juara MD dan MS (U-13) Kejohanan Remaja Antarabangsa
Malmo Sweeden 2005
Sirkit Junior Kebangsaan, Zon B Bawah 12 Tahun: Ketiga.
Juara Bergu Bawah 12 tahun MSSM
Juara Terbuka Sweden 2005 (Junior) Bawah 13 tahun
Juara Eropah 2006 (Junior) Bawah 15 Tahun
Yonex Sunrise Malaysia International Challenge 2007 – Champion
Sukan Teras 100Plus National Junior Circuit 2008 – Champion
Juara Terbuka Kedah 2009 Kedah (Bawah 21 Tahun)
Juara MSSM 2009 (Bawah 18 Tahun) (89)
abg mtk maaf..lama x singgah bz skit
kayaknya minat taufik ya