Syarat Jual Jual Dan Beli Rumah Minimum 10 Tahun

Syarat Jual Dan Beli Rumah Minimum 10 Tahun,  Rumah memang salah satu aset dan keperluan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Baru-baru ini, terdapat saranan untuk menetapkan syarat minimum 10 tahun sebelum tuan rumah boleh menjual semula rumahnya.

Syarat Jual Rumah Minimum 10 Tahun Jual Dan Beli Rumah

Syarat Jual Rumah Minimum 10 Tahun | Jual Dan Beli Rumah

Langkah ini diharap dapat membantu membendung harga rumah daripada melambung tinggi dan tidak membebankan. Keadaan ini memang akan membebankan dan menjadi satu masalah buat mereka yang benar-benar memerlukan rumah. Mungkin kerajaan perlu mengetatkan sedikit syarat jual rumah atau beli rumah bagi mereka yang sudahpun mempunyai rumah sendiri. Ini boleh mengelakan sedikit gejala beli dan sekejap saja jual rumah semula dengan harga tinggi.

Kalau tengok di negara kita ini, memang ramai yang membuat pelaburan hartanah dengan membeli rumah. Kemudian mereka akan menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi dari harga asal. Tetapi kebanyakan mereka yang berbuat sedemikian adalah mereka yang mempunyai modal dan kaya. Memang ada juga mereka yang bijak dan modal sedikit yang berjaya dalam pelaburan hartanah tetapi kebanyakannya dimonopoli golongan yang kaya.

Aku memang setuju dengan syarat jual rumah ini sekiranya dapat mengatasi harga rumah yang naik melampau. Walaubagaimanapun, mungkin ada lagi cara lain yang boleh memberi keuntungan kepada semua pihak.

(599)

21 Comments

Filed under Semasa

21 Responses to Syarat Jual Jual Dan Beli Rumah Minimum 10 Tahun

  1. kena tanya abang ensem tu. berbaloi tak syarat baru.

  2. kalau ada cara yang boleh menguntungkan semua pihak..elok juga kan

  3. hahaha.. setuju dengan hatiputera. kena tanya abangensem..hehehe

  4. lama tu 10 tahun
    atau boleh juga jangan benarkan pinjaman perumahan untuk rumah kedua

  5. Harga rumah ni biasanya naik sebab ejen atau orang tengah yang suka-suki je letak harga. Kalau itu undang-undang baru nampaknya agak sukar la nak buat pelaburan hartanah.

  6. setuju tu,,harga rumah skang ni melambung..kat kampung pun dah mahal..huhu..

  7. ada yang suka. ada yang tak suka punya.

  8. NUR

    Memang harga Rumah sekarang ni teramat la mahal..

  9. Win-win harus diambilkira supaya pengguna dpt manfaat dan dlm masa yg sama pelabur masih boleh buat untung

  10. Kalau 10 tahun baru boleh jual susah juga. Sudah pasti harganya melambung berkali ganda didalam jangka masa tersebut.

  11. tgh kumpul2 duit lg utk plan deposit kl jd bli rumah in future..

  12. aku x tau plak pasal ni, sebelum ni syarat jual rumah berapa tahun yer, sebab ni perkara baru bagi saya

  13. memang betul..harga rumah sekarang ni melampau sangat tingginya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Protected by WP Anti Spam