Tag Archives: motosikal yamaha

Penipuan Motosikal Terpakai Yamaha LC135 Di Laman Web

Motosikal Yamaha LC135, motosikal terpakai, motosikal murah

Ini adalah merupakan salah satu cerita yang boleh dijadikan panduan buat kita. Gara-gara kerana ingin membeli motosikal terpakai Yamaha LC135 yang murah, seorang lelaki berusia 26 tahun telah kerugian wang sebanyak RM1850. Individu tersebut yang berkerja sebagai perunding produk kerugian wang yang disimpannya selama setahun akibat terpedaya dengan iklan jualan motosikal dalam laman web tempatan.

Menurut lelaki itu lagi, dia sudahpun mengambil langkah berhati-hati seperti menyemak nombor pendaftaran motosikal Yamaha LC135 tersebut di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis mengenai status pemilik Yamaha LC135 serta saman tepapi ternyata itu tidak mencukupi.

Iklan motosikal terpakai Yamaha LC135 itu ditawarkan oleh lelaki dari Johor itu menarik perhatiannya sebelum mangsa penipuan berhubung melalui telefon dan berbincang mengenai proses pembelian Yamaha LC135 secondhand tersebut. Dari apa yang dilaporkan oleh mangsa harga penuh bagi motosikal terpakai Yamaha LC135 yang hendak dibeli itu ialah RM3700. Lelaki yang melakukan penipuan tersebut  telah menghilangkan diri setelah menerima bayaran separuh sebanyak RM1850  untuk motosikal terpakai Yamaha LC135 yang ingin ‘dijualnya’ itu.

Sekarang ini, aku tengok makin banyak penipuan secara online yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Seeloknya kita selidik dulu dan jangan keluarkan wang sekiranya barang itu belum sampai ke tangan kita, terutamanya jika membeli daripada individu perseorangan.

(417)

8 Comments

Filed under Kenderaan