Tag Archives: youtube malaysia

YouTube Malaysia Dilancarkan

Korang mesti pernah guna youtube kan, kali ini YouTube Malaysia telah dilancarkan secara rasmi oleh Pengarah Pembangunan Produk Asia Pasifik YouTube, Adam Smith di Kuala Lumpur yang disertai oleh artis Yuna dan Mizz Nina.

YouTube Malaysia

 

Menurut Adam Smith, pengguna YouTube Malaysia sangat aktif dan menonton berjuta video setiap hari. Pelancaran ini bermakna para peminat pengunjung laman web YouTube di Malaysia boleh mencari is kandungan video dalam Malaysia yang paling relevan dengan lebih mudah dan cepat. Hanya perlu setkan Malaysia sebagai lokasi carian sahaja ataupun tambah dot my di laman web YouTube iaitu www.youtube.com.my.

Dia juga merujuk kepada Cikgu Shida serta artis popular Yuna dan ZeeAvi sebagai pencetus YouTube di Malaysia. Selain itu terdapat juga bakat-bakat yang ditemui di YouTube seperti Najwa Latif sebelum ini.

Sebelum ini Youtube Singapore dan Youtube Filipina telah pun dilancarkan. Selain itu aplikasi YouTube Malaysia juga telah diaktifkan secara rasmi dan bakal melancarkan muat turun video dengan cepat.

Ini adalah salah satu perkembangan yang sangat bagus untuk pengguna Internet di Malaysia ini.

(145)

6 Comments

Filed under Semasa