Tempoh Rayuan BR1M Sedia Dilanjutkan

baucar BR1M rayuan BR1M

Tempoh rayuan BR1M, Bantuan Rakyat 1Malaysia sedia dilanjutkan oleh kerajaan, menurut kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketika ini, tempoh tarikh tutup rayuan BR1M yang ditetapkan ialah pada 15 Mac tahun ini.

Walaubagaimanapun, kerajaan sedia melanjutkan tempoh rayuan BR1M, Bantuan Rakyat 1Malaysia bagi membolehkan mereka yang layak tetapi belum memohon lagi ataupun status permohonan BR1M gagal masih mempunyai masa untuk membuat rayuan BR1M sekiranya belum dibuat.

Sesiapa rakyat Malaysia yang berpendapatan kasar isi rumah RM3000 ke bawah sebulan layak untuk memohon BR1M ini. Bagi rayuan BR1M, pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera dan juga salinan penyata / slip gaji terkini bagi yang menerima gaji sahaja.

Bantuan Rakyat 1Malaysia diperkenalkan untuk meringankan beban rakyat di negara Malaysia ini. Menurut Datuk Seri Najib lagi, rakyat atau individu yang telah menerima BR1M ini dikatakan amat menghargai pemberian oleh kerajaan. Antara pemohon yang telah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ialah pelakon dan pelawak veteren Datuk Aziz Sattar yang memperoleh pendapatan yang tidak menentu pada masa kini.

(442)

7 Comments

Filed under Semasa

7 Responses to Tempoh Rayuan BR1M Sedia Dilanjutkan

  1. Aida dah dapat dah 14 feb hari tu..Alhamdulillah :)

  2. Ms Velentine

    kalo lanjut pun i x dpt..hahaha

  3. Bagus, boleh saya kesi tahu pak cik ku ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Protected by WP Anti Spam